:::: MENU ::::

Thursday, 12 June 2014

Antara kepentingannya adalah:

  • Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
  • Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
  • Pemandu akan lebih berhati - hati ketika memandu di jalan raya.
  • Papan tanda ini dapat mengelakkan kenderaan daripada mengalami kerosakan kerana melalui jalan yang tidak rata.
  • Papan tanda ini menunjukkan arah tuju pemanduan kita.
  • Kita juga dapat mendisiplinkan diri ketika menggunakan jalan raya.
  • Menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
  • Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
  • Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.

 Keselamatan Jalan Raya

Pengenalan
Mangsa jalan raya biasanya terdiri daripada kanak-kanak. Mereka mungkin terdiri daripada pejalan kaki, penumpang kereta, bas atau pembonceng motosikal. Kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan. Di Malaysia, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian.
Pencegahan
Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.
Kereta
  • Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.
  • Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak. Jangan sesekali berkongsi tali pinggang keselamatan.
  • Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul dan selesa secara silang meliputi bahagian dada sehinggatulang pinggul.
  • Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.
  • Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya diletakkan di tempat duduk belakang. Bayi juga perlu diletakkan di tempat duduk belakang dalam tempat duduk khas.
  • Gunakan sistem kawalan kunci kereta.

Pejalan kaki
  • Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun melintas jalan secara bersendirian.
  • Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan pejalan kaki.
  • Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.
  • Jangan berlari ketika melintas jalan.
  • Jangan bermain berhampiran jalan raya.
  • Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang-kurangnya 100 meter daripada kawasan tersebut.
  • Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan melawan arus trafik supaya dapat melihat kenderaan dihadapan.
  • Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat dilihat oleh pemandu yang lain.
Penumpang bas
  • Jangan tunggu bas berhampiran lalu lintas.
  • Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.
  • Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.
  • Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.
  • Berhati-hati semasa turun dari bas.
  • Selepas turun dari bas, jalan ke hadapan bas supaya pemandu bas dapat melihat anda.
  • Pastikan anda berada jauh daripada bahagian belakang bas sepanjang masa.
Penunggang Motosikal
  • Elakkan membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal. Gunakan kaedah pemanduan yang selamat.
Penunggang basikal

  • Pastikan basikal dalam keadaan baik.
  • Gunakan topi keledar basikal jika kanak-kanak yang menunggang.

Wednesday, 11 June 2014